Friday, 28 December 2012

SAKIT


Assalamualaikum...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Antaranya adalah..."masa sihat sebelum sakit".  (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memceritakan kepada kita bahawasanya Rasulullah s.a.w tidak mahu umatnya mengambil sikap mudah mengenai perkara ini. Mengabaikannya bererti kita akan kerugian tetapi jika kita bersungguh-sungguh merebutnya pasti kita tidak akan ditimpa penyesalan.

Ketika sihat inilah kita seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas diri kita dengan cara membandingkan nikmat sihat kita dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang sakit. Secara tidak langsung ia dapat menolong kita atau seseorang itu supaya lebih menginsafi akan dirinya dan seterusnya berusaha mengisi masa sihat dengan cara memperbanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Wasalam.

Sunday, 21 October 2012

Belajar

Assalamualaikum

Pepatah mengatakan.."belajar biar sampai ke negara China"..

Banyak maksud bagi pernyataan di atas. Namun bagiku ia adalah sangat simbolik dan penting  untuk memastikan kejayan dapat dikecapi pada masa hadapan dan juga demi generasi yang mendatang.

Walau apapun rintangannya, belajar memang tidak pernah habis sampai akhir hayat meskipun belajar sehingga keluar negara seperti China.

Justeru, marilah kita belajar..

Wasalam.

Friday, 19 October 2012

Hari Pertamaku

Assalammualaikum-Tanggal 19 Okt 2012

Ini adalah hari pertamaku dalam dunia BLOG. Apa itu blog?? Entah lah..Hendak bercerita panjang, bukan nya aku 'terror'. Tapi aku akan cuba belajar dan terus mempelajari dunia blog yang menjadi 'trend' masakini tanpa mengira yang muda maupun yang sudah berumur.

Aku juga amat teruja hari ini kerana telah diperkenalkan oleh rakanku tentang seronoknya menceburi bidang penulisan blog. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau yang banyak membimbing aku ke alam blog ini..

Aku agak kekuk sedikit untuk memulakan kata-kata hikmat & keramat, tapi hasrat yang mendalam untuk mempelajari ilmu blog ini membuatkan aku semacam kena dirasuk oleh sesuatu sehinggakan rakanku menegur "Hai..panjang cerita...Dah seronok nampak!!..Kalau boleh macam nak buat e-book untuk 'post' yang pertama ini...''  hehee...tawa hati kecil ku..."Takpe la bro..ini first post aku..bagi muka la sikit..."balasku..

Ada betul juga katanya. Bila diamati dengan teliti, bahawasanya memang seronok juga berceloteh di blog ini..Ia umpama aku sedang bercerita atau menulis cerita-cerita tentang apa-apa sahaja yang terlintas difikiran.  Tidak kira samada ianya tentang kisah peribadi, keluarga, rakan-rakan, alam sekitar atau sebagainya.

Kepada blogger yang OTAI dari saya, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersalah kata-kata dalam coretan pertama ini. Dan dapatlah kiranya memberi serba sedikit tunjuk ajar kepadaku supaya dapat memantapkan lagi ilmu blogku. Komen anda juga dialukan.

Sekian, terima kasih.