Assalammualaikum-Tanggal 19 Okt 2012
Ini adalah hari pertamaku dalam dunia BLOG. Apa itu blog?? Entah lah..Hendak bercerita panjang, bukan nya aku 'terror'. Tapi aku akan cuba belajar dan terus mempelajari dunia blog yang menjadi 'trend' masakini tanpa mengira yang muda maupun yang sudah berumur.Aku juga amat teruja hari ini kerana telah diperkenalkan oleh rakanku tentang seronoknya menceburi bidang penulisan blog. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau yang banyak membimbing aku ke alam blog ini..
Aku agak kekuk sedikit untuk memulakan kata-kata hikmat & keramat, tapi hasrat yang mendalam untuk mempelajari ilmu blog ini membuatkan aku semacam kena dirasuk oleh sesuatu sehinggakan rakanku menegur "Hai..panjang cerita...Dah seronok nampak!!..Kalau boleh macam nak buat e-book untuk 'post' yang pertama ini...'' hehee...tawa hati kecil ku..."Takpe la bro..ini first post aku..bagi muka la sikit..."balasku..
Ada betul juga katanya. Bila diamati dengan teliti, bahawasanya memang seronok juga berceloteh di blog ini..Ia umpama aku sedang bercerita atau menulis cerita-cerita tentang apa-apa sahaja yang terlintas difikiran. Tidak kira samada ianya tentang kisah peribadi, keluarga, rakan-rakan, alam sekitar atau sebagainya.
Kepada blogger yang OTAI dari saya, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersalah kata-kata dalam coretan pertama ini. Dan dapatlah kiranya memberi serba sedikit tunjuk ajar kepadaku supaya dapat memantapkan lagi ilmu blogku. Komen anda juga dialukan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment